Bangunan kedai dua tingkat terbakar 80 peratus

12 May 2025 • 8:52 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 12 MEI: Bangunan kedai dua tingkat musnah kira-kira 80 peratus dalam kebakaran di Jalan MJ/7, Taman Medan Maju Jaya, Petaling Jaya, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 9.26 malam.

Menurut beliau, 18 pegawai dan anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Pencala dikejarkan ke lokasi kejadian dengan bantuan BBP Petaling Jaya dan BBP Puchong.

“Kebakaran membabitkan bangunan berkeluasan 20×70 kaki persegi itu berjaya dipadamkan sepenuhnya. Tiada mangsa dilaporkan terbabit dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved