Bangunan Kediaman Tertinggi Dunia Akan Dibina Di Brazil

TechnologyDigital
23 Sep 2024 • 2:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bangunan terpanjang dunia akan dibina di Arab Saudi dan dua bangunan tertinggi dunia pula akan terletak di Dubai. Tetapi rekod tertinggi bukanlah monopoli negara Timur Tengah. Senna Tower yang akan dibina di Brazil akan menjadi bangunan kediaman tertinggi dunia apabila ia siap kelak.

image is not available

Senna Tower akan dibina di Santa Catarina, Brazil dengan ketinggian mencecah 500 meter. Keseluruhan bangunan akan menjadi tempat. kediaman sahaja yang membezakannya dengan Burj Khalifa yang menempatkan hotel, pejabat dan juga pusat membeli belah.

image is not available

Bangunan akan menjadi monumen kepada legenda F1 Ayrton Senna yang meninggal dunia pada tahun 1994 dengan ia direka oleh Lalalli Senna yang merupakan anak saudara mendiang. Ia bakal menempatkan 228 unit tempat tinggal dengan terdapat ruang khas yang menunjukkan pencapaian Ayrton Senna yang dibuka kepada orang ramai.

Bilakah bangunan akan dibina dan disiapkan masih belum diumumkan. Tetapi kos pembinaan dianggarkan akan mencecah BRL 3 billion (~RM 2.32 bilion).