Bangunan The Sphere Akan Dibina Di Abu Dhabi Pula Selepas Las Vegas

TechnologyDigital
17 Oct 2024 • 7:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

The Sphere Las Vegas ialah bangunan berbentuk sfera yang saya rasakan antara keajaiban dunia moden. Sebuah panggung dengan pandangan sudut lebar memberikan pengalaman seperti pergi ke dunia lain. Selain menempatkan sebuah panggung di dalam ia juga dilengkapi skrin LED di bahagian luar. Kini Sphere Entertainment Co. yang merupakan pemilik The Sphere Las Vegas mengumumkan mereka akan membina bangunan kedua di Abu Dhabi.

image is not available

Ia adalah bangunan yang sama saiznya cuma kini dibina di Timur Tengah. Lokasi sebenar The Sphere Abu Dhabi masih belum dimuktamadkan tetapi ia kelak adalah 111 meter tinggi dan 157 meter lebar serta dilitupi 57.6 juta lampu LED di bahagian luar.

image is not available

Sphere Entertainment Co. berkata pembinaan di Abu Dhabi merealisasikan impian mereka untuk membina The Sphere di pelbagai lokasi seluruh dunia. Sebelum ini mereka mengumumkan rancangan untuk membinanya di London telah dibatalkan kerana tentangan orang ramai yang tidak mahu ibu kota England ini menjadi mangsa pencemaran cahaya.

Sejak memulakan operasi pada tahun 2021, The Sphere bukan sahaja menjadi panggung tayangan filem imersif tetapi juga digunakan sebagai lokasi konsert U2 dan juga acara sukan UFC.