
KOTA BELUD: Seorang lelaki warga Filipina berusia 24 tahun ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung di tangga sebuah bangunan premis di Pekan Kota Belud, di sini, Selasa.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Supt Shahrudin Mat Husain berkata, penemuan itu dibuat oleh orang awam yang menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud pada jam 5.58 pagi.
“Siasatan awal mendapati lelaki itu ditemukan dalam keadaan tergantung dari tali di sekeliling lehernya dan tidak sedarkan diri.
“Pihak perubatan Hospital Kota Belud mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Menurutnya, siasatan lanjut mendapati tiada unsur jenayah dan mangsa dipercayai berbuat demikian kerana mengalami masalah peribadi.
“Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa atau waris mangsa, diminta tampil ke IPD Kota Belud untuk membantu siasatan.
“Sehingga kini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


