Banjir: 20 Kenderaan Terperangkap Di Putrajaya

LocalEnvironment
8 Dec 2024 • 9:13 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

PUTRAJAYA, 8 Dis (Bernama) — Hujan lebat kira-kira satu jam bermula 4 petang tadi menyebabkan sekurang-kurangnya 20 kenderaan terperangkap akibat banjir di Presint 11 Zon 4A di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Putrajaya Abdul Manaf Che Isa berkata dua jentera berserta 13 anggota digegaskan ke lokasi bagi membuat pemantauan selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.44 petang.

“Kerja-kerja membantu mengalirkan air dan membersihkan saluran tersumbat telah dilaksanakan oleh anggota bomba.

“Banjir surut kira-kira 5.30 petang tadi,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pada masa ini anggota bomba melaksanakan pemantauan di kawasan berkenaan berikutan hujan renyai.

“Pemantauan semasa turut dilakukan melalui kamera litar tertutup (CCTV) dan kerjasama memperoleh maklumat berkaitan melalui Putrajaya Command Centre (PPj) juga dilaksanakan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved