

Gara-gara hujan lebat, kira-kira 20 kenderaan terperangkap akibat banjir di Presint 11 Zon 4A , Putrajaya, petang tadi.
Banjir kilat itu dipercayai berlaku susulan hujan lebat di kawasan Putrajaya sejak beberapa jam lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, stuasi berada dalam keadaan terkawal dan air telah dilaporkan surut sepenuhnya.
"Setakat ini pihak polis masih belum menerima laporan daripada pemilik-pemilik kenderaan yang ditenggelami air," katanya
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar meletakkan kenderaan di tempat yang tidak berisiko banjir.


