
Jutaan penduduk di pakistan dilaporkan terjejas dan ratusan mangsa maut akibat banjir dan kerajaan telah mengisytiharkan darurat di negara itu. Pihak berkuasa Pengurusan Bencana Negara melaporkan terdapat lebih 900 orang telah terbunuh sejak Jun termasuk 34 orang dalam tempoh 24 jam lalu.
Memetik BBC, orang ramai terpaksa mencari tempat perlindungan sementara dengan berlindung di khemah-khemah usang di bandar lama Sukkur daerah Sindh. Difahamkan, ramai yang hanya duduk di atas katil disebabkan semua barangan rumah mereka telah hanyut ditelan air.
Selain itu, banyak juga laluan bertar telah ditenggelami air sekaligus mengehadkan pergerakan mangsa untuk mencari kawasan selamat. Sisa-sisa plastik juga dimuntahkan keluar dari lubang paip kumbahan dan terdapat air yang bertakung. Keadaan ini menyebabkan penduduk bimbang jika air yang bertakung dan tidak mengalir itu akan mencetuskan pelbagai penyakit.

Difahamkan, hujan telah turun sepanjang minggu itu dan telah mengehadkan masa mereka untuk pulang ke rumah melihat barang-barang yang masih boleh diselamatkan.
“Beberapa buah rumah di pusat bandar telah dilaporkan musnah, hanya tinggal dinding. Di wilayah Sindh sahaja, 300 mangsa telah terkorban disebabkan banjir.
“Orang ramai terpaksa mencari kawasan tanah kering yang masih tersisa untuk memasang khemah kerana dijangka hujan akan berterusan,” lapor BBC.
Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri Shehbaz Sharif berkata, 33 juta orang telah terjejas disebabkan oleh kejadian banjir yang melanda. Mereka juga merayu lebih banyak bantuan antarabangsa. Menurutnya lagi, kerugian akibat banjir musim ini adalah setanding dengan kerugian semasa banjir pada tahun 2010 dan 2011.


Terdahulu, Menteri Cuaca, Sherry Rehman berkata negara itu sedang melalui melalui pusingan kelapan monsun dimana biasanya mereka hanya menerima tiga hingga empat kitaran hujan. Peratusan banjir pada tahun ini amat mengejutkan.
Disamping itu, sejak musim panas bermula, beberapa kitaran monsun telah melanda Pakistan dan telah menyebabkan kemusnahan lebih 400,000 buah rumah di seluruh negara. Menurut agensi batuan bencana PBB, OCHA Sekurang-kurangnya 184,000 penduduk telah dipindahkan ke kem.
Horrifying footage from S. #Pakistan today of entire building washed away by floods. Over 935 people killed, more than 33 million affected, worst natural disaster for country in decades: pic.twitter.com/aO6ZMlQycf
— Joyce Karam (@Joyce_Karam) August 26, 2022
I urge international community to help #Pakistan in one of the worst natural calamities to hit the country. Millions of people are homeless across #Sindh #Balochistan and #SouthPunjab due to floods and in need of tents, packaged food and medicines #FloodsInPakistan pic.twitter.com/1z3iil5bJe
— Mubashir Zaidi (@Xadeejournalist) August 24, 2022
Pakistan was suffering from massive economic and political crises-unprecedented flood has made country’s situation much worse. A large hotel building going under the flood water. pic.twitter.com/GuqcJgZeec
— Ashok Swain (@ashoswai) August 26, 2022
Just IN:— Flash floods wreak havoc in Pakistan; 4.6 million people affected: 300,000 homeless; over 1000 dead. 90% crops in sindh province ravaged. pic.twitter.com/Y56DAcy6JM
— South Asia Index (@SouthAsiaIndex) August 26, 2022
The worst flood ever in Pakistan happening right now.
33 mil people affected.
784% above normal rainfall.This video is shocking.
Watch the buildings getting taken out.— Wall Street Silver (@WallStreetSilv) August 27, 2022
BACA: Ditinggal Sejak Kecil, Anak Bertemu & Maafkan Semula Ayah Kandung, Rupanya Rakan Sekerja Di Malaysia
Sumber: BBC, Twitter
The post Banjir Dahsyat Landa Pakistan, Lebih 900 Terkorban Setakat Ini & Jutaan Lagi Terjejas appeared first on Siakap Keli.


