Banjir di Batu Pahat semakin pulih

19 Sep 2022 • 9:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan banjir di sekitar Sri Gading Batu Pahat.

BATU PAHAT - Jumlah mangsa banjir di daerah ini berkurang kepada 50 orang malam ini, berbanding 131 orang yang direkodkan pagi Isnin.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan setakat 8 malam, 13 keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gading di sini, yang dibuka sejak Rabu lepas.

Kesemua mangsa melibatkan penduduk dari Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Pekan Sri Gading dan Kampung Seri Tanjung.

Banjir berlaku disebabkan pertembungan hujan lebat bermula 1.30 pagi hingga 5.30 pagi, Rabu lepas dan fenomena air pasang. - Bernama.