Banjir di Johor Bahru makin pulih, PPS ditutup

12 Oct 2022 • 2:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
PPS SK Bukit Mutiara yang menempatkan mangsa banjir kilat dari Kampung Paya Kenangan ditutup pada jam 2 petang, Rabu.

JOHOR BAHRU - Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini yang dibuka bagi menempatkan mangsa banjir kilat dari Kampung Paya Kenangan, ditutup sepenuhnya pada Rabu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara ditutup pada jam 2 petang.

Sebelum itu, seramai 17 mangsa banjir dari tiga keluarga dipindahkan ke PPS tersebut pada jam 11 malam pada Selasa, selepas rumah mereka di Kampung Paya Kenangan dilanda banjir kilat.

Kejadian banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat melebihi dua jam pada jam 7 petang.

Sementara itu, berdasarkan imej radar dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada jam 9.55 pagi Selasa, daerah Kluang, Mersing, Kulai Kota Tinggi dan Johor Bahru dijangka mengalami hujan lebat dan ribut.