Mangsa banjir di Sarawak menurun

12 Oct 2022 • 11:19 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jumlah mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan ke PPS di Sarawak menurun kepada 33 orang berbanding 38 semalam. - Foto Bernama

KUCHING - Jumlah mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menurun kepada 33 orang berbanding 38 semalam.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, setakat pagi ini dua PPS masih dibuka melibatkan daerah Subis di bahagian Miri.

"Lima mangsa daripada dua keluarga berlindung di PPS Dewan Masyarakat Sepupok Niah, manakala 28 mangsa daripada lapan keluarga berada di PPS Dewan Masyarakat Bekenu,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, sebuah PPS di Kapit iaitu PPS Asrama Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) telah ditutup pada pukul 6 petang semalam. - Bernama