Banjir di Pantai Timur makin buruk

11 Dec 2022 • 5:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kelihatan penduduk Kampung Kubang Kual mula menggunakan perahu untuk urusan mendaftar masuk ke PPS di Sekolah Kebangsaan Kubang Kual ekoran rumah mereka ditenggelami air hujan lebat berterusan sejak tiga hari lalu. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Mangsa terjejas akibat banjir di seluruh negara pada Ahad terus meningkat dengan jumlah keseluruhan yang direkodkan setakat jam 4 petang adalah seramai 1,834 orang melibatkan 531 keluarga.

Menerusi laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) pada Ahad, negeri di Pantai Timur iaitu Pahang Terengganu dan Kelantan dilihat menjadi penyumbang utama pertambahan jumlah mangsa terjejas akibat bencana tersebut.

Di Pahang, sebanyak 11 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka membabitkan 581 mangsa daripada 174 keluarga, diikuti Terengganu (tujuh PPS, melibatkan 545 mangsa daripada 137 keluarga) dan Kelantan (empat PPS, melibatkan 575 mangsa daripada 188 keluarga).

Dalam pada itu, jumlah mangsa banjir di Perak pula ialah seramai 106 orang daripada 23 keluarga dengan hanya satu sahaja PPS dicatatkan dibuka di negeri berkenaan.

Dalam pada itu, negeri terbaharu terjejas banjir pada Ahad ialah Johor yang merekodkan seramai 27 mangsa daripada sembilan keluarga.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved