Banjir di Sarawak pulih

22 Feb 2026 • 6:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Situasi banjir di Sarawak pulih sepenuhnya berikutan satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi iaitu Masjid Darul Istiqlaal, dekat sini, ditutup. - Bernama

KUCHING - Situasi banjir di Sarawak pulih sepenuhnya berikutan satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi iaitu Masjid Darul Istiqlaal, dekat sini, ditutup tengah hari tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan PPS berkenaan ditutup pada 12.30 tengah hari.

"PPS itu telah beroperasi sejak semalam bagi menempatkan 65 orang daripada 18 keluarga penduduk Kampung Sungai Maong,” menurut kenyataan itu.

Rabu lepas, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca lembap berterusan di Sabah dan Sarawak sepanjang minggu ini, dengan hujan dijangka berlaku di beberapa kawasan susulan luruan angin monsun yang memasuki rantau negara. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved