Pusat Pemindahan Sementara Ditutup, Banjir Di Sarawak Pulih Sepenuhnya

LocalEnvironment
22 Feb 2026 • 9:11 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Keadaan banjir di Sarawak kini kembali pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir yang masih dibuka ditamatkan operasinya pada tengah hari tadi.

Banjir pulih sepenuhnya

image is not available

Memetik laporan Sinar Harian, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, PPS yang terletak di Masjid Darul Istiqlaal secara rasmi ditutup pada jam 12.30 tengah hari.

Jelas kenyataan itu lagi, pusat berkenaan mula dibuka sejak semalam bagi menempatkan seramai 65 mangsa daripada 18 keluarga yang terjejas, melibatkan penduduk Kampung Sungai Maong.

image is not available

“PPS itu telah beroperasi sejak semalam bagi menempatkan 65 orang daripada 18 keluarga penduduk Kampung Sungai Maong,” menurut kenyataan itu.

Artikel lain: PM Umum Bantuan Segera Disalur Kepada Mangsa Banjir Sabah & Sarawak

Sementara itu, pada Rabu lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan bahawa cuaca lembap dijangka berterusan sepanjang minggu ini. Hujan diramalkan berlaku di beberapa kawasan berikutan luruan angin monsun yang sedang memasuki rantau negara.

Sumber: Sinar Harian

The post Pusat Pemindahan Sementara Ditutup, Banjir Di Sarawak Pulih Sepenuhnya appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved