Banjir di Segamat semakin pulih, hanya 19 mangsa masih di PPS

22 Jan 2024 • 3:26 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Segamat, Johor kian pulih setakat tengah hari ini dengan jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 19 orang berbanding 43 orang pagi tadi.

Menurut laporan terkini kejadian bencana dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), tinjauan situasi di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran, bagaimanapun mendapati beberapa sungai masih berada pada paras bahaya yang menunjukkan trend meningkat.

Sungai berkenaan antaranya termasuklah Sungai Johor di Kota Tinggi, Johor, Sungai Kedah (Kota Setar, Kedah), Sungai Arau (Arau, Perlis) dan Sungai Terengganu (Hulu Terengganu, Terengganu).

Sungai yang berada pada tahap amaran, namun paras air menunjukkan trend menurun direkodkan di Sungai Jemaluang (Mersing, Johor) dan Sungai Duyong (Jasin, Melaka).

Tiada amaran cuaca dikeluarkan di seluruh negara buat masa ini, menurut laporan itu. - Bernama