
Aksi berani pemandu kenderaan itu tarik perhatian ramai
Banjir Di Sibu, Kenderaan Ini Selamba Redah Jalan Ditengelami Air. Sebuah video dron yang merakam keadaan banjir di Ling Kai Ceng, Sibu, baru-baru ini menarik perhatian ramai selepas secara tidak sengaja menangkap aksi berani seorang pemandu yang nekad meredah air tanpa ragu-ragu.
Dalam video yang tular di TikTok, kawasan itu jelas kelihatan ditenggelami air, dengan jalan raya hampir tidak kelihatan. Namun, di tengah-tengah suasana yang biasanya akan membuat ramai pemandu berfikir dua kali sebelum meneruskan perjalanan, muncul sebuah kereta yang meluncur dengan tenang merentasi jalan yang dipenuhi air.

Tindakan itu benar-benar menunjukkan tahap keyakinan yang luar biasa
Dari pandangan udara, tidak dapat dipastikan jenis kenderaan yang digunakan, tetapi apa yang pasti, pemandunya langsung tidak kelihatan gentar dengan keadaan jalan yang dipenuhi air. Dalam caption asal video, pemilik akaun TikTok itu turut meluahkan rasa terkejut dengan keberanian pemandu tersebut, menyatakan bahawa tindakan itu benar-benar menunjukkan tahap keyakinan yang luar biasa.
Rata-rata netizen yang melihat video ini memberikan pelbagai reaksi. Ada yang kagum dengan keberanian pemandu, namun ramai juga yang mengatakan pemandu tersebut mungkin mempunyai alasan kecemasan.

Diingatkan supaya tidak mengambil risiko
Walaupun aksi ini mungkin kelihatan mengagumkan, namun orang ramai diingatkan supaya tidak mengambil risiko meredah banjir, terutama jika tidak pasti akan keadaan jalan di hadapan. Selain risiko kerosakan kenderaan, arus air yang deras juga boleh menjadi bahaya kepada keselamatan pemandu dan penumpang.
Stay safe semua terutamanya yang berada di Sibu dan sentiasa peka dengan berita cuaca semasa!
Lagi berita terkini untuk anda di sini:




