Banjir di Thailand ‘ragut’ 60 nyawa

WorldEnvironment
7 Oct 2026 • 4:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Banjir di Thailand ‘ragut’ 60 nyawa

BANGKOK – Angka korban akibat banjir di Thailand sejak pertengahan September  mengorbankan 60 nyawa di seluruh negara, menurut kenyataan kerajaan pada hari ini, dengan paras air sungai masih meningkat di beberapa wilayah.

Jabatan Pencegahan dan Pengurangan Bencana berkata, hujan lebat berterusan akhir bulan lalu telah menenggelamkan beberapa bahagian di ibu negara, Bangkok, walaupun banjir di situ sebahagian besarnya telah mula surut.

Situasi kekal sukar bagi ramai penduduk di wilayah tengah Prachinburi, di mana 19 orang dilaporkan terkorban.

Limpahan air sungai menenggelamkan rumah-rumah di tujuh daerah dalam wilayah berkenaan, menjejaskan lebih daripada 188,000 penduduk, kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Kematian turut dilaporkan di wilayah lain serta di ibu negara, dengan banjir masih berlaku di 27 daripada 77 wilayah di Thailand.

Di Bangkok, empat orang terkorban sejak 16 September, selepas taburan hujan bagi tempoh sebulan turun hanya dalam masa beberapa hari pada akhir September, sekali gus memaksa pengisytiharan bencana di seluruh bandar raya itu.- AFP

The post Banjir di Thailand ‘ragut’ 60 nyawa appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved