Pesawat terhempas, 32 orang terbunuh

6 Oct 2026 • 9:23 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pesawat terhempas, 32 orang terbunuh

LAGOS – Sebuah pesawat tentera terhempas di barat daya Nigeria semalam,  mengorbankan semua 32 orang di dalamnya, kata Presiden Bola Tinubu.

Nahas udara itu  antara yang paling buruk di Nigeria sejak beberapa tahun lalu.

“Pesawat  sedang dalam ‘misi rutin’ dari Bandar Benin di selatan menuju hab ekonomi, Lagos apabila  terhempas di Igbokoda dalam negeri Ondo,, barat daya Nigeria, sejurus selepas pukul 9 pagi,” kata Tinubu dan dan tentera udara.

“Ini adalah detik menyedihkan  bagi angkatan tentera kita dan seluruh negara,” tambahnya.

Bayo Onanuga selaku jurucakap Tinubu berkata,  presiden mengisytiharkan tempoh berkabung  tiga hari di seluruh negara sebagai penghormatan kepada anggota Tentera Udara Nigeria yang terkorban dalam nahas itu.

Beliau juga mengarahkan bendera negara dikibarkan separuh tiang.

Pesawat itu terhempas berhampiran pangkalan tentera laut, kata Menteri Penerbangan Festus Keyamo.

Nahas  melibatkan pesawat  ATR-42  yang boleh membawa antara 30 hingga 50 penumpang. – AFP

The post Pesawat terhempas, 32 orang terbunuh appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved