
Banjir Hatyai: Rakyat Malaysia Terkandas Kongsi Keadaan Di Sana
Hujan berterusan sejak Jumaat mengakibatkan beberapa kawasan tumpuan pelancongan di Hatyai, Thailand dilanda banjir, sekali gus menyebabkan ramai yang terkandas termasuk rakyat Malaysia.
“Elektrik takda, air dalam tandas makin perlahan, Bateri semakin habis, powerbank tinggal 1..” itulah antara luahan seorang pengguna di Threads, yang juga rakyat Malaysia yang terkandas di sana.
Berdasarkan situasi semasa, dia turut memberi bayangan berkemungkinan akan tidur dalam keadaan bergelap di hotel, memandangkan tiada bekalan elektrik.
Difahamkan, situasi yang berlaku di Haytai, dia memberi bayangan berkemungkinan akan tidur di hotel dalam bergelap, memandangkan tiada bekalan elektrik.
“Harap esok dapat keluar secepatnya. Siapa yang dapat keluar esok dari Hatyai roger please,” kongsinya.
Sementara itu, seorang lagi pengguna turut berkongsi nasib yang menimpanya di sana.
“Sama sis. saya dekat The Florida Hotel tak ada bantuan, ada bawa parents umur 77 tahun ni dari semalam tak makan,” luah seorang pengguna lain.
“Datang dekat lotus Hatyai kami dah masuk 2 malam port sini. Area sini tinggi & resources senang dapat,” komen seorang lagi.
Dalam perkembangan lain, ada juga pengguna media sosial yang berkongsi keadaan paras air banjir di beberapa kawasan pelancongan di sekitarnya.
“Khlong Hae Floating Market. Tak terapung pula time banjir ni,” seloroh seorang pengguna Threads.

Menurut laporan Bangkok Post pada Jumaat, selain Hatyai, daerah lain di wilayah Songkhla yang terjejas akibat bencana itu ialah Rattaphum, Muang Songkhla, Khlong Hoi Khong, Ranot, Krasae Sin dan Sathing Phra.
Wilayah itu telah mengisytiharkan zon bencana kecemasan di daerah tersebut.
Selain itu, hampir 18,000 isi rumah terjejas akibat kejadian terbabit. Namun, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan,
Rakyat Malaysia Disaran Tangguh Perjalanan Ke Selatan Thailand
Manakala Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla pada Sabtu menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan ke wilayah selatan Thailand susulan bencana banjir yang melanda kawasan itu.
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi dalam satu kenyataan berkata kebanyakan wilayah di selatan Thailand kini dilanda banjir berikutan hujan lebat berterusan.
“Pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla menasihatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat melancong atau melawat selatan Thailand supaya menangguhkan perancangan mereka buat sementara waktu ekoran cuaca buruk, hujan lebat berterusan serta banjir yang menjejaskan banyak kawasan,” katanya.
Ahmad Fahmi turut menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di selatan Thailand agar sentiasa peka dengan perkembangan cuaca, mengikuti pengumuman serta arahan pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa dan menjaga keselamatan diri.
Beliau berkata untuk sebarang bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi pegawai bertugas di talian +66 81 990 1930 atau melalui e-mel mwsongkhla@kln.gov.my.
Sumber: Threads @ezreenmarzukhi, Threads @nrfthiahhh
BACA: Tular Hatyai Dilanda Banjir, Ada Rakyat Malaysia Terkandas Di Sana
The post Banjir Hatyai: Rakyat Malaysia Terkandas Kongsi Keadaan Di Sana appeared first on Siakap Keli.





