Banjir: Jumlah mangsa di Selangor menurun takat 5 petang, keadaan di Kedah pulih

5 Oct 2024 • 6:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 5 OKT: Keadaan banjir di Kedah pulih sepenuhnya, Selangor mencatatkan penurunan jumlah mangsa manakala situasi di Perak tidak menunjukkan sebarang perubahan setakat 5 petang ini.

Di KEDAH, lapan pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Baling pada Khamis dan semalam ditutup secara berperingkat bermula 11 pagi hingga 5 petang ini.

Sementara itu, di SELANGOR sebanyak 960 mangsa banjir masih berlindung di tujuh PPS, menurun berbanding 1,195 mangsa pagi tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semua mangsa itu dari Shah Alam, Gombak dan Kuala Selangor.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir kekal 121 orang dengan kesemuanya ditempatkan di tiga PPS di Taiping dan Kerian.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved