
Rentetan dengan kejadian banjir di Pantai Timur, pasti akan berlaku banyak kerosakan dan mungkin boleh mengancam keselamatan penduduk sehingga meragut nyawa.
Terbaru, telah satu kejadian yang begitu mengharukan buat keluarga kepada 3 beradik dari Kampung Bendang Surau, Morak, Kelantan ini kerana maut akibat renjatan elektrik pagi tadi.
Menerusi Harian Metro, kejadian itu berlaku sekitar jam 11.45 pagi, kesemua mangsa yang berusia 20 hingga 27 itu dipercayai meninggal dunai di lokasi kejadian.
Banjir Kelantan: Tiga Beradik Maut Terkena Renjatan Elektrik
Tiga beradik perempuan maut, dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di luar rumah mereka yang dilanda banjir di Kampung Bendang Surau dekat Morak, Tumpat. pic.twitter.com/VkZ5B4Agc0
— Samudera.my (@MySamudera) December 19, 2022
Semasa kejadian, dikatakan seorang mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah sebelum terkena kepada dua lagi adiknya yang berada di hadapan rumah. Perkara itu disahkan oleh ahli keluarga mangsa Mohd Amin Mohd Nazir, 25.
Menurut netizen di Twitter, mereka ada menonton video kejadian tersebut dan rata-rata sebak melihat mangsa yang dilihat sudah tidak bernyawa tapi masih dalam keadaan menutup aurat.




Allahuakhbar, sebak betul min rasa, mudah-mudahan pihak keluarga terus tabah dan semoga ahli keluarga ini tabah dalam menghadapi dugaan. Al-fatihah buat mangsa.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


