Banjir Kelantan: “Ini Bukan Pesta” - Polis Nasihat Orang Ramai Tidak Bawa Anak Kecil Untuk Lihat Paras Air Sungai

29 Nov 2024 • 4:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Polis menasihatkan orang ramai yang berhasrat membuat tinjauan paras air Sungai Kelantan di Tambatan D'Raja, Kota Bahru, Kelantan agar sentiasa berwaspada dan tidak membawa anak kecil semasa membuat tinjauan.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata penduduk tempatan sering menjadikan amalan memantau paras air sungai itu sebagai acara tahunan di musim tengkujuh, dan beliau mengingatkan bahawa dengan hanya kesilapan sedikit saja, ia boleh menyebabkan kecelakaan.

"Nasihat saya jangan bawa anak-anak kecil ke kawasan dinaiki air semata-mata untuk melihat keadaan paras air sungai, kita tidak mahu banjir yang melanda Kelantan sekarang dijadikan sebagai "pesta" bermain air walaupun di kawasan cetek berhampiran rumah," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata selain terdedah bahaya dihanyutkan arus, mereka juga terdedah kepada kemungkinan digigit haiwan berbisa yang ada di dalam air.


"Polis akan menjalankan rondaan bagi menasihatkan orang ramai agar tidak bermain air dan menjadikan musim banjir sebagai pesta," katanya.

Sumber: Astro Awani menerusi BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved