Banjir kilat: 9 laluan bas tidak dapat dilalui - Rapid KL

4 Jun 2023 • 10:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kenyataan dikeluarkan Rapid KL pada Ahad.

SHAH ALAM - Sembilan laluan perhentian bas tidak dapat dilalui susulan kejadian banjir kilat berlaku kawasan Setia City Mall pada pagi Ahad.

Rapid Bus Sdn Bhd selaku pengendali rangkaian perkhidmatan bas Rapid KL ingin memaklumkan laluan bas itu akan dilencongkan dari Klang sentral terus ke Jalan Meru.

"Perhentian bas yang tidak dapat dilalui ialah Maybank Setia Alam, Setia Avenue (Utara), Setia City Mall, Dewan Sri Gading dan Damai 15 Residence serta Pangsapuri Semarak.

"Tiga lagi perhentian tidak boleh dilalui ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Setia Alam, Sekokah Kebangsaan (SK) Setia Alam dan Dataran Setia Prima," kata pengendali rangkaian perkhidmatan bas itu pada Ahad.

Tambah kenyataan itu, laluan yang terlibat adalah Laluan 753.