
Sesiapa yang kehilangan ahli keluarga, sila hubungi Balai Polis Bintawa
Tiada Sebarang Kad Pengenalan, Mayat Lelaki Ditemui Di Perhentian Bas Jalan Utama Bintawa Kuching. Dilaporkan mayat lelaki tidak dikenali ditemui di sebuah perhentian bas di Jalan Utama, Bintawa.
Penemuan itu disedari pagi tadi apabila orang awam menemui si mati dalam keadaan terlentang di atas bangku perhentian bas.

Kes sedang disiasat
Menurut laporan, mayat itu dilaporkan memakai seluar pendek berwarna coklat. Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada si mati.
Mayat lelaki itu sudah dipindahkan oleh polis ke jabatan forensik Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.
Bagi mereka yang kehilangan ahli keluarga berjantina lelaki, sila hubungi Balai Polis Bintawa untuk pengesahan dan maklumat lanjut.

