Banjir Kilat Landa Hulu Langat, Penduduk Siar Secara Langsung

LocalEnvironment
4 Dec 2025 • 8:42 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Banjir Kilat Landa Hulu Langat, Penduduk Siar Secara Langsung

Berikutan hujan berterusan sejak awal pagi tadi, beberapa kawasan di Hulu Langat kini mengalami banjir kilat.

Tular di media sosial, penduduk di kawasan terjejas membuat siaran langsung melaporkan keadaan terkini di sana.

Setakat ini, antara kawasan yang dilaporkan terjejas termasuk Nanding, Sungai Serai dan Dusun Tua.

image is not available

image is not available

Penduduk turut melaporkan satu kejadian operasi menyelamat oleh pihak bomba yang melibatkan dua buah kenderaan, didakwa hanyut dibawa air di kawasan IKBN Dusun Tua.

image is not available

Berdasarkan video perkongsian orang awam yang dikongsikan Bernama, sebuah kenderaan jenis hatchback dilihat hanyut dibawa air banjir.

@bernamatvofficial

Sebuah video tular dikongsi warga maya menunjukkan Hulu Langat di Selangor mula banjir pagi ini. image is not available Video Awam digitalbernamatv banjir hululangat

♬ original sound – Bernama TV – Bernama TV

 

Dalam pada itu, beberapa kumpulan pelajar yang dijadualkan menduduki peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) pagi ini dilihat dibawa dengan menaiki lori.

image is not available

Menurut Astro Awani, kejadian yang sama turut disahkan oleh Ketua Kampung Batu 16 Dusun Tua, Md Gadapi Ahmad Harmain.

Berikutan air yang mula naik sekitar jam 6 pagi, beberapa laluan utama di sekitar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Sekolah Rendah Agama Dusun Tua terpaksa ditutup.

“Air telah melepasi paras bahaya. Fokus kami adalah menyelamatkan pelajar yang akan menduduki SPM pada jam 8.15 pagi,” maklumnya.

Sementara itu, seorang calon SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nanding disahkan terkesan berikutan kediaman yang dinaiki air.

Menurut Pengetua, Rozman Abdul Kadir, pelajar berkenaan selamat tiba di sekolah dengan bantuan penduduk.

“Calon dari Dusun Tua itu sempat tiba sebelum peperiksaan bermula. Calon lain dari Sungai Serai juga sempat sampai sebelum jalan ditutup,” jelasnya.

BACA: Minta Disuap, Kisah Pemandu & Anak Yatim Ini Undang Sebak

Sumber: Siaran langsung orang awam, Astro Awani

The post Banjir Kilat Landa Hulu Langat, Penduduk Siar Secara Langsung appeared first on Siakap Keli.