Hujan Lebat, Ribut Petir Diramal Landa 5 Negeri Hingga Awal Pagi Ini

3 Dec 2025 • 10:31 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Lebat, Ribut Petir Diramal Landa 5 Negeri Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima buah negeri sehingga jam 1 pagi ini.

Hujan lebat diramal berlaku melibatkan daerah Larut, Matang Dan Selama dan Hulu Perak di Perak. Manakala amaran yang sama turut dikeluarkan untuk kawasan Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh di Pahang.

METMalaysia menjangkakan cuaca buruk melanda sekitar daerah di Negeri Sembilan seperti Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

Di Johor, antara kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat adalah Pontian dan Kulai.

Sementara itu, daerah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan dan Sri Aman (Sri Aman) di Sarawak antara kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata hantaran lagi.

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.