Banjir kilat landa ibu kota, Kampung Periok antara yang terlibat

10 Oct 2023 • 6:33 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Hujan lebat hampir sejam petang tadi menyebabkan banjir kilat melanda beberapa kawasan di ibu kota.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan antara kawasan yang terbabit dilanda banjir kilat ialah Kampung Periok di Chow Kit di sini.

Menerusi perkongsian gambar di Facebook, pihak terbabit turut menyelamat seorang warga emas yang berkerusi roda selepas kediamannya dinaiki air.

Namun setakat ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak terbabit berkait jumlah mangsa di kampung terbabit yang dipindahkan.

Selain itu perkongsian Jabatan Penerangan Kuala Lumpur mendapati beberapa jalan di ibu kota yang dinaiki air akibat banjir kilat menyebabkan pergerakan trafik perlahan.

Antara jalan terbabit adalah Jalan Sultan Ismail, Lebuhraya Sultan Iskandar, Lebuhraya KL - Seremban, Jalan Damansara, Jalan Syed Putra, Jalan Ampang, Jalan Tuanku Abdul Halim dan Jalan Pahang. - 10 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved