Banjir Kilat Landa KL, Beberapa Kawasan Terjejas

LocalEnvironment
15 Oct 2024 • 10:44 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Banjir Kilat Landa KL, Beberapa Kawasan Terjejas

Hujan lebat berterusan pagi ini menyebabkan berlaku banjir kilat di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian orang ramai di media sosial, beberapa kawasan dikenal pasti berlaku banjir kilat antaranya di sekitar bangunan Bank Rakyat, Wisma Central Jalan Ampang, Jalan Tangsi dan Setapak.

Penunggang motosikal dilihat berteduh di bangunan berdekatan sementara beberapa kenderaan telah ditenggelami banjir.

Dalam pada itu, seorang penunggang motosikal memuat naik video banjir yang berlaku di jalan masuk ke bangunan syarikat penyiaran dan penghasilan media, Bernama. Menerusi perkongsian tersebut, air banjir dilihat tertumpu di satu kawasan rendah.

Keadaan yang sama turut dilaporkan orang awam berlaku di pintu masuk Universiti Malaya dari arah Kuala Lumpur. Banjir setinggi paras lutut itu turut menenggelamkan sebuah kereta. Orang awam dan pelajar universiti turut dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif untuk ke kampus.

“Jangan masuk melalui gate Kuala Lumpur ke dalam Universiti Malaya di sebelah Masjid Ar-Rahman kerana sekarang banjir yang agak tinggi parasnya. Di hadapan Fakulti Undang-Undang dan juga di Jambatan Lingkungan Budi,” katanya.

Terdahulu, pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan ramalan cuaca yang menjangkakan ribut petir dan hujan lebat pada pagi ini.

Antara kawasan yang dijangka terlibat meliputi kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia termasuk beberapa daerah di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

https://x.com/bencanamalaysia/status/1846009619036230028/photo/1

https://x.com/Shamin_Shaimah/status/1846001782537048363/video/1

Terdahulu, Bernama turut melaporkan penangguhan mesyuarat Dewan Rakyat sehingga jam 10.30 pagi apabila beberapa Ahli Parlimen terperangkap akibat banjir. Perkara tersebut diputuskan oleh Yang Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berdasarkan Peraturan Mesyuarat 12 (2).

“Di luar sana hujan terlalu lebat dan beberapa jalan telah dinaiki banjir dan ramai di antara ahli Yang Berhormat telah terperangkap dalam banjir,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved