Hospital Papar dinaiki air

LocalEnvironment
15 Oct 2024 • 9:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan ruangan pesakit dan pekarangan Unit Kecemasan Hospital Papar yang dinaiki air.

PAPAR - Hujan lebat selama beberapa jam dipercayai punca Hospital Papar dinaiki air termasuk di kawasan ruang pesakit ditempatkan.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada petang Selasa dan beberapa gambar memaparkan keadaan hospital dan wad dinaiki air turut ditularkan melalui aplikasi WhatsApp.

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Asits Sanna ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun memaklumkan air telahpun surut dan keadaan terkawal.

"Ya, Alhamdulillah. Keadaan terkawal sekarang, sudah surut," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar Rozlan Osman berkata, pihaknya maklum dengan kejadian itu dan turut melakukan pemantauan di lokasi.

"Tadi ketika hujan memang benar lebat dan berlaku (dinaiki air) tetapi tiada mangsa dan hasil pemantauan bomba, keadaan kembali normal," katanya.

@sinarharianonline

Hospital Papar dinaiki air #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Banjir #Air #BencanaAlam #HospitalPapar

News - AShamaluevMusic