

Hujan lebat petang ini mengakibatkan banjir kilat manakala beberapa kenderaan turut terperangkap dalam banjir di sekitar Lembah Klang.
Di Petaling Jaya, beberapa hantaran di media sosial menunjukkan laluan-laluan dinaiki air, menyebabkan pergerakan kenderaan menjadi perlahan sehingga ada yang terpaksa berpatah balik.
Antara kawasan-kawasan terjejas teruk termasuk sekitar Medan Selera 223 dan ibu pejabat Amway di Seksyen 51a apabila air dilihat naik sehingga menenggelami sebahagian jalan serta kawasan parkir.
Setakat ini, belum dapat dipastikan jumlah kawasan yang terjejas.






