Banjir: KPDN Terengganu lantik 271 pemborong, peruncit simpan stok makanan

4 Nov 2026 • 1:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Banjir: KPDN Terengganu lantik 271 pemborong, peruncit simpan stok makanan

KUALA TERENGGANU – Seramai 100 pemborong terpilih daerah (DDW) dan 171 peruncit terpilih daerah (DDR) telah dilantik di seluruh Terengganu bagi memastikan bekalan barangan keperluan sentiasa mencukupi sepanjang musim tengkukuh ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu, Mohd. Mufsi Lat berkata, kesemua DDW dan DDR berkenaan dibenarkan untuk menyimpan bekalan barangan keperluan lebih 30 peratus daripada bulan biasa pada tempoh Monsun Timur Laut (MTL) ini

“Mereka dilantik sebagai pemegang stok mini bagi memastikan bekalan barangan keperluan untuk pengguna terutama lokasi berisiko banjir sentiasa mencukupi pada musim tengkujuh ini.

“Kesediaan bekalan barangan keperluan itu termasuk di kawasan pulau dan pedalaman akan dipantau Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) yang beroperasi antara pukul 8 pagi hingga 10 malam sepanjang musim banjir,” katanya di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Terdahulu beliau melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali peringkat Terengganu.

Mohd. Mufsi berkata, ECC yang dibuka di setiap cawangan KPDN Terengganu turut berperanan memeriksa dan memantau rantaian pengedaran bekalan keperluan secara harian sepanjang tempoh MTL.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna agar tidak melakukan pembelian panik kerana bekalan barangan keperluan pada musim tengkujuh sentiasa dijamin mencukupi.

“Sekiranya berlaku juga aktiviti menyorok barangan kawalan dan menaikkan harga secara tidak munasabah, lapor segera pada ECC,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Banjir: KPDN Terengganu lantik 271 pemborong, peruncit simpan stok makanan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved