Banjir landa penduduk Sipitang

LocalEnvironment
5 Jan 2025 • 4:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ahmad Apong

SIPITANG: Hujan tanpa berhenti pada awal pagi Sabtu menyebabkan Kampung Melalia di sini dilanda banjir.

Seorang penduduk berkata banjir berlaku sekelip mata dan menenggelamkan hampir keseluruhan kawasan rumah di kampung yang berhampiran sungai itu.

Advertisement“Penduduk mula kelam-kabut apabila banjir mula melanda melebihi paras badan, malah sebahagiannya di kawasan tinggi sehingga paras paha,” katanya, menambah mereka cuba menyelamatkan harta benda mereka.

Katanya, walaupun jarang berlaku, hujan lebat boleh menyebabkan limpahan air hujan sehingga menaikkan paras sungai.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Kami juga bimbang mungkin ada binatang berbisa masuk ke rumah, memandangkan sekitar kampung ini diliputi hutan.

“Kemungkinan buaya berenang di kawasan dinaiki banjir juga amat merisaukan kami. Sebab itu penduduk perlu berhati-hati apabila meredah air banjir,” katanya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Calvin Joe Jeafery semasa dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung banjir tersebut.

Katanya, bomba siapsiaga dengan anggota, bot penyelamat serta jentera dan akan bergerak pada bila-bila masa saja jika mendapat penggilan kecemasan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Saya menasihatkan penduduk agar lebih berhati-hati semasa banjir dan jangan membiarkan anak-anak turun bermain banjir.

“Simpan semua dokumen penting dalam bekas simpanan dan jangan hidupkan bekalan eletrik jika basah untuk mencegah daripada terkena renjatan,” katanya.

Calvin Joe juga menasihatkan penduduk agar mengawasi rumah mereka daripada dinaiki binatang berbisa, terutama ular, kala jengking dan lipan.