
BEAUFORT: Beberapa kampung di sepanjang Batu 60, 61 dan 62 di sini, mula dinaiki banjir selepas hujan berterusan sejak malam Khamis. Seorang penduduk, Joanna John berkata banjir berlaku selepas Sungai Padas melimpah sehingga jalan raya ke SK Batu 60 terputus.
“Ramai murid tidak dapat meneruskan perjalanan ke sekolah kerana banjir menenggelami jalan yang terlalu rendah. Sampai bila barulah masalah ini akan berakhir,” katanya.
AdvertisementPenduduk sudah berulang kali meminta kerajaan mengambil langkah termasuk meninggikan jalan tersebut, namun sehingga kini masih terbiar, dakwanya.
Joanna meminta Ahli Parlimen Beaufort Datuk Siti Aminah Aching bersama Adun Klias merangkap Pembantu Menteri I Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasnih, mengambil tindakan sewajarnya supaya aras jalan itu dapat ditinggikan.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Pada masa yang sama, kami berharap Jabatan Kerja Raya juga mengambil tindakan sama, kerana jika ada kecemasan, jalan ini tidak akan dapat dilalui.”
Ketika laporan ini, banyak kampung sekitar Beaufort termasuk Kampung Limbawang, Kampung Balibata dan Kampung Bekalau dinaiki banjir sehingga ke paras buku lali.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Muhammad Hasbullah Nenggok berkata pihaknya bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir lebih besar.
“Bomba menyediakan bot-bot penyelamat untuk operasi banjir,” katanya, berharap orang ramai tidak panik apabila banjir berlaku. Beliau menasihatkan penduduk menyimpan dokumen penting dalam bekas yang tidak dimasuki air dan sentiasa bersedia untuk arahan perpindahan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


