Banjir landa Terengganu, 123 mangsa dipindahkan

24 Nov 2026 • 9:09 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Banjir landa Terengganu, 123 mangsa dipindahkan

​KUALA NERUS: Seramai 123 mangsa daripada 36 keluarga dipindahkan susulan bencana banjir yang melanda pada Isnin.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kuala Nerus, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Tok Jembal di sini mula diaktifkan jam 9 malam.

Menurutnya, setakat pukul 5 pagi, seramai 28 lelaki, 31 perempuan, tujuh warga emas lelaki dan tujuh warga emas perempuan dipindahkan ke PPS tersebut.

Selain itu, ia turut melibatkan seramai 24 kanak-kanak lelaki, 21 kanak-kanak perempuan, empat bayi lelaki serta seorang orang kurang upaya (OKU) perempuan.

Sementara itu, keadaan cuaca di daerah tersebut dilaporkan hujan renyai dengan trend paras air menunjukkan peningkatan secara perlahan. – UTUSAN

 

The post Banjir landa Terengganu, 123 mangsa dipindahkan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved