1,566 mangsa banjir di Kuala Selangor masih berlindung di PPS

23 Nov 2026 • 11:10 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 1,566 mangsa banjir di Kuala Selangor masih berlindung di PPS

PETALING JAYA: Seramai 1,566 mangsa banjir daripada 443 buah keluarga di Kuala Selangor masih berlindung di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 6 pagi ini.

Daerah itu mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi di negara ini, merangkumi kira-kira 80 peratus daripada keseluruhan 1,952 mangsa banjir yang masih ditempatkan di PPS.

Menurut laporan terkini Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), jumlah mangsa banjir di Selangor menunjukkan trend menurun dengan 1,582 mangsa daripada 447 keluarga masih berada di 10 PPS.

Selain Kuala Selangor, seramai 16 mangsa daripada empat keluarga masih ditempatkan di sebuah PPS di Kuala Langat.

Di Perak, seramai 370 mangsa banjir daripada 113 keluarga masih berlindung di lima PPS melibatkan empat daerah.

Kerian merekodkan 143 mangsa, diikuti Manjung (129), Hilir Perak (88) serta Larut, Matang dan Selama (10).

Sementara itu, jumlah keseluruhan mangsa bencana di seluruh negara menurun kepada 2,030 orang daripada 584 keluarga yang ditempatkan di 18 PPS di Selangor, Perak dan Sarawak.

Jumlah itu turut merangkumi 19 mangsa tanah runtuh di Selangor dan Perak serta 59 mangsa kebakaran berskala besar di Betong, Sarawak. – UTUSAN

The post 1,566 mangsa banjir di Kuala Selangor masih berlindung di PPS appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved