Banjir lumpur musnahkan kampung, 95 maut, 17 pelancong Malaysia hilang

26 Aug 2026 • 10:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Banjir lumpur musnahkan kampung, 95 maut, 17 pelancong Malaysia hilang

KATHMANDU – Sekurang-kurangnya 95 orang terbunuh, manakala beratus-ratus pelancong hilang selepas banjir kilat dahsyat dan banjir lumpur melanda sempadan Nepal-Tibet, lapor stesen penyiaran BBC hari ini.

Pelancong yang hilang termasuk lebih 100 orang dari India, 47 pelancong Amerika Syarikat , 33 rakyat United Kingdom dan 17 warga Malaysia demikian menurut Lembaga Pelancongan Nepal.

Kawasan ditimpa bencana popular dalam kalangan pengembara dan pengikut keagamaan.

Image from: Banjir lumpur musnahkan kampung, 95 maut, 17 pelancong Malaysia hilang

Rakaman sistem televisyen litar tertutup(CCTV) menunjukkan tembok air dan lumpur menghentam bangunan-bangunan di lintasan sempadan, manakala orang ramai cuba menyelamatkan diri ketika banjir menggulung melanda.

Di Tibet, Presiden China, Xi Jinping mengeluarkan arahan peribadi, bermakna insiden itu sangat serius, kata koresponden BBC di Beijing, Laura Bicker.

Menteri Luar Nepal pula menyatakan bahawa banjir kilat itu dipercayai berpunca daripada gempa bumi yang menyebabkan lereng runtuh.

Ini adalah bencana alam paling buruk di Nepal sejak gempa bumi pada tahun 2015 membunuh 9,000 orang. – AGENSI

The post Banjir lumpur musnahkan kampung, 95 maut, 17 pelancong Malaysia hilang appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved