Banjir Nepal: ‘Jika ada jalan untuk Zaki kembali, permudahkanlah’

27 Sep 2026 • 4:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Banjir Nepal: ‘Jika ada jalan untuk Zaki kembali, permudahkanlah’

GEORGE TOWN – Lebih sebulan selepas tragedi banjir besar melanda Nepal pada 26 Ogos lalu, keluarga pendaki Malaysia, Muhammad Zaki Othman, 29, masih setia menanti khabar mengenai nasib pemuda itu yang hilang bersama dua rakannya.

Penantian itu tidak pernah terhenti meskipun hari berganti minggu, malah keluarga masih menyimpan harapan agar Muhammad Zaki ditemukan dalam keadaan selamat dan dapat kembali ke pangkuan keluarga.

Menerusi hantaran di status WhatsApp, ahli keluarga meluahkan rasa rindu dan berharap masih ada jalan untuk Zaki ditemukan selepas lebih sebulan tiada perkhabaran mengenai keberadaannya.

“Cukup sebulan dah Zaki dan rakan baiknya masih belum ada perkhabaran. Kami masih berharap.

“Jika masih ada jalan untuk Zaki kembali kepada keluarga, permudahkanlah dan tunjukkanlah keajaiban-Mu,” tulisnya.

Dalam pada itu, keluarga turut menitipkan doa agar segala urusan dipermudahkan selain memohon agar Zaki serta dua rakannya sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

Muhammad Zaki dilaporkan melakukan pendakian di kawasan Langtang bersama dua rakannya, Muhammad Muhaimin Azhad Noor Hadi, 27, dan Muhammad Adib Haikal Awang Mansor, 27, sebelum mereka hilang selepas kejadian banjir besar di kawasan berkenaan.

Sebelum ini, keluarga Zaki juga tidak putus berdoa agar ketiga-tiga mereka ditemukan selain berharap usaha pencarian dapat memberikan jawapan mengenai nasib mereka.

Lebih menyentuh hati, keluarga turut berkongsi poster dan doa yang dibuat khusus buat Zaki, termasuk permohonan agar Allah mengembalikan pemuda itu kepada keluarga dalam keadaan selamat.

Bagi keluarga, selagi belum ada jawapan mengenai nasib Zaki, harapan untuk bertemu semula dengannya akan terus disimpan. – KOSMO! ONLINE

The post Banjir Nepal: ‘Jika ada jalan untuk Zaki kembali, permudahkanlah’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved