Banjir Nepal: Kor Ming mohon doa, harap ‘wira merah’ selamat – “Kedua-duanya anggota cemerlang”

30 Aug 2026 • 9:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usaha mengesan dua anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang masih gagal dihubungi susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Rasuwa, Nepal, terus dipergiat menerusi kerjasama rapat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama Wisma Putra.

Menterinya, Nga Kor Ming, berkata kementeriannya sedaya upaya mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan dua ‘wira merah’ berkenaan yang antara lebih 50 rakyat Malaysia masih terputus hubungan sehingga kini.

“Saya juga meminta seluruh rakyat Malaysia berdoa demi keselamatan dan kesejahteraan dua wira merah, yang setakat ini belum dapat dikesan. Kita memang berharap mereka selamat, malah kedua-duanya adalah anggota cemerlang,” katanya selepas merasmikan Ekspo Jom Makan Ipoh di sini, malam tadi.
Image from: Banjir Nepal: Kor Ming mohon doa, harap ‘wira merah’ selamat – “Kedua-duanya anggota cemerlang”

Kredit Foto: BERNAMA

Sebelum ini, dua pegawai terbabit iaitu Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan di Ibu Pejabat JBPM, Mohd Sani Harul dan pegawai Akademi JBPM Wilayah Tengah, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa, dilaporkan gagal dihubungi.

Kedua-dua pegawai lelaki itu adalah sebahagian daripada kumpulan 10 rakyat Malaysia yang dalam perjalanan menuju Everest Base Camp (EBC), selepas bertolak ke Nepal pada malam Isnin minggu lalu.

Kor Ming berkata, KPKT melalui JBPM juga sentiasa berhubung rapat dengan keluarga kedua-dua anggota terbabit bagi mendapatkan perkembangan terkini.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved