Banjir: Rundingan muara Sungai Golok selesai dalam sebulan - PMX

LocalPolitics
31 Oct 2026 • 5:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Banjir: Rundingan muara Sungai Golok selesai dalam sebulan - PMX
Anwar ketika berucap pada perasmian program di Kota Bharu. FOTO: ADILA SHARINNI WAHID
Image from: Banjir: Rundingan muara Sungai Golok selesai dalam sebulan - PMX
Anwar (tiga dari kiri) menyerahkan simbolik peralatan kepada usahawan di Kelantan. FOTO: ADILA SHARINNI WAHID

KOTA BHARU – Kerajaan menyasarkan usaha menangani masalah di muara Sungai Golok yang menjadi antara punca banjir di Kelantan dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan menerusi rundingan dengan Thailand.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah dua kali mengadakan rundingan dengan kerajaan Thailand, termasuk Perdana Menteri baharu negara itu bagi mempercepat tindakan berkenaan.

“Perkara mendesak ialah soal Muara Sungai Golok kerana itu menjadi antara punca banjir.

“Jadi saya harap dalam tempoh sebulan ini, runding akan seelsai,” katanya ketika berucap merasmikan Skim Usahawan Bangkit negeri Kelantan di pekarangan pasar raya di Lembah Sireh di sini pada Sabtu.

**media[3695497]**

Beliau berkata, kerjasama erat kedua-dua negara penting bagi menangani masalah banjir yang memberi kesan kepada penduduk di kawasan sempadan.

Menurut Anwar, kerjasama dan rundingan berkait isu banjir antara dua negara terbabit sebelum ini menunjukkan perkembangan positif dan akan berterusan.

Sementara itu, bagi projek tebatan banjir di Kelantan, beliau mengadakan perbincangan perkara berkenaan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud bagi memastikan langkah penyelesaian dapat dilaksanakan menerusi kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Tebatan banjir ini belanjanya berbilion-bilion tapi itu memang kosnya tinggi,” kata beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar berkata, kerajaan turut memberi perhatian kepada pembangunan kawasan sekitar jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok bagi merancakkan kemajuan ekonomi setempat.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan atas tindakan mempercepat urusan pengambilan tanah bagi membolehkan projek pembangunan berkenaan dilaksanakan.

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved