Malaysia, Thailand percepat penyelesaian banjir Sungai Golok

LocalEnvironment
31 Oct 2026 • 5:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Malaysia, Thailand percepat penyelesaian banjir Sungai Golok

KOTA BHARU – Malaysia dan Thailand akan mempergiatkan kerjasama bagi mempercepat usaha menangani masalah banjir di kawasan sempadan khususnya membabitkan muara Sungai Golok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah mengadakan rundingan dengan kerajaan Thailand sebanyak dua kali bagi memastikan tindakan segera dapat dilaksanakan.

Katanya, usaha berkenaan penting kerana penyelesaian masalah di muara Sungai Golok bukan sahaja dapat mengurangkan kesan banjir di Kelantan dan turut memberi manfaat kepada kawasan Selatan Thailand.

“Kerajaan sudah melaksanakan beberapa langkah mitigasi banjir termasuk kerja berkaitan hakisan, pelaburan dan pendalaman sungai, namun isu muara Sungai Golok masih memerlukan perhatian segera. Saya berharap perkembangan rundingan dan kerjasama antara Malaysia dengan Thailand berhubung perkara berkenaan dapat dimaklumkan dalam tempoh sebulan.

“Isu yang mendesak adalah soal muara Sungai Golok kerana itu menjadi antara punca. Saya harap dalam tempoh sebulan ini dapat dilaporkan kemajuan antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Kelantan yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud di pekarangan Aeon Mall, Lembah Sireh, di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Anwar berkata, kerajaan turut memberi perhatian kepada pembangunan jambatan Rantau Panjang-Golok yang memerlukan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri. – KOSMO! ONLINE

The post Malaysia, Thailand percepat penyelesaian banjir Sungai Golok appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved