
KOTA BHARU - Tiada keperluan mengisytiharkan darurat bencana banjir di Kelantan kerana situasi masih terkawal, kata Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) (Pengurusan), Datuk Ab Pattah Hasbullah.
Beliau berkata, darurat hanya akan diisytiharkan sekiranya situasi banjir di negeri ini semakin memburuk dan tidak terkawal.
"Masih terlalu jauh untuk menentukan ke arah pengisytiharan darurat, setiap hari kita mengadakan mesyuarat bencana di peringkat negeri.
"Dalam mesyuarat yang dipengerusikan Datuk SUK negeri, kita berbincang dan akan maklum kepada Menteri Besar Kelantan sebelum dibawa ke Nadma (Agensi Pengurusan Bencana Negara) dan memaklumkannya kepada Perdana Menteri untuk menentukan sama ada perlu darurat atau tidak,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.
AKAN MENYUSUL


![Aksi Oyen Berpaut Pada Besi Tingkap Ketika Terperangkap Dalam Banjir Raih Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/pets.jpeg)
