Banjir: TPM Zahid arah semua agensi bersiap siaga

27 Sep 2023 • 4:28 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) mengarahkan agensi berkaitan termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara, Angkatan Pertahanan Awam serta pasukan keselamatan untuk terus berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi, susulan banjir yang melanda di beberapa negeri.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata kesiapsiagaan yang tinggi oleh semua agensi ini perlu meskipun Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan notis penamatan amaran hujan berterusan peringkat waspada pada pagi ini.

“Saya sentiasa mendoakan agar semua mangsa yang terjejas akibat banjir pada kali ini dipermudahkan urusan dan diberi kekuatan dalam menghadapi musibah yang melanda.

“Begitu juga kepada yang berada di kawasan-kawasan terdedah kepada banjir, saya berharap agar terus ambil langkah berhati-hati dan sentiasa patuh arahan pihak berkuasa,“ katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau.

Ahmad Zahid berkata beliau juga sentiasa memantau keadaan semasa banjir yang kini melanda di Kedah, Perlis, Selangor dan Sabah akibat peralihan monsun ketika ini. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved