Bank Islam Perkenalkan Aplikasi Dan Web Perbankan Baharu

LocalTechnology
21 Nov 2024 • 4:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bank Islam telah memperkenalkan aplikasi dan web perbankan serba baharu, BIMB.

Para pengguna Bank Islam sudah boleh memuat turut aplikasi BIMB di iPhone, Android dan pengguna Huawei serta mengakses perkhidmatan perbankan mereka melalui web BIMB.com.

image is not available

Aplikasi dan web perbankan baharu ini hadir dengan ‘interface’ yang lebih kemas dan moden.

Ia juga memudahkan pengguna untuk menguruskan akaun mereka, simpanan, kad dan juga pinjaman terus melalui aplikasi sama.

Bank Islam memaklumkan aplikasi ini adalah versi naik-taraf untuk Go sebelum ini.

Bukan sahaja ‘interface’ moden dan sekuriti yang lebih baik, tetapi turut menawarkan sokongan untuk membuka akaun dan juga pembayaran zakat.

image is not available

Ciri DuitNow juga disertakan untuk memudahkan proses pembayaran melalui aplikasi BIMB ini.

Namun menurut Amanz, untuk memuat naik aplikasi BIMB ini pengguna perlu mempunyai peranti dengan iOS 13 dan terkini atau Android 10 dan terbaru.

Selain itu kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 2 days ago

JPN Kini Dalam Fasa Akhir Untuk Tukar MyKad Generasi Baharu