Bank Islam Perkenalkan Perkhidmatan Penghasilan Wasiat Melalui Aplikasi BIMB Mobile

Business & FinancePersonal Finance
8 Apr 2026 • 5:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bank Islam Malaysia Berhad dengan kerjasama Amanah Warisan Berhad (AWARIS) menawarkan perkhidmatan penghasilan wasiat patuh Syariah melalui aplikasi BIMB Mobile. Pelancaran ini membolehkan pelanggan menyediakan wasiat secara digital dengan lebih mudah melalui aplikasi perbankan mudah alih sekali gus menjadikan pengalaman perancangan harta lebih mesra pengguna.

image is not available

Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha Bank Islam untuk memodenkan pengurusan kewangan dengan menggabungkan urusan penulisan wasiat dan pengurusan harta ke dalam aplikasi perbankan mudah alih. Perkhidmatan baharu ini membolehkan pelanggan menyediakan wasiat dengan lebih mudah dan patuh Syariah terus melalui telefon pintar. Pada masa yang sama, Bank Islam berhasrat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya penghasilan wasiat serta mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam pengurusan harta secara digital.

image is not available

Bagi yang ingin mencuba, perkhidmatan ini boleh diakses melalui Service Hub dalam BIMB Mobile. Bank Islam menawarkan harga promosi RM300 untuk Pelan Platinum, eksklusif melalui aplikasi tersebut. Selain itu, 250 pelanggan pertama akan menerima baucar Touch ‘n Go eWallet bernilai RM40. Kemudahan ini juga menjadi satu lagi pilihan baharu selepas Maybank Ezwasiat sekali gus memberikan lebih banyak alternatif kepada pengguna untuk mengurus penghasilan wasiat dengan cara yang mudah.