Bank kena godam, lebih RM457 juta lesap

WorldBusiness & Finance
5 Nov 2026 • 12:47 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bank kena godam, lebih RM457 juta lesap

PARIS – Bank Perancis, Credit Mutuel Arkea menyatakan semalam bahawa pihaknya  menjadi mangsa serangan siber yang membolehkan transaksi penipuan berjumlah kira-kira €100 juta (RM457 juta).

Menurutnya dalam satu kenyataan, serangan yang berjaya dikekang itu menyaksikan  penggodam mendapat akses ke dalam akaun Arkea untuk membuat pemindahan wang ke bank lain. Ia tidak melibatkan akaun pelanggan tanpa sebarang kerugian dialami mereka.

Arkea memberitahu, dana dicuri itu ditukarkan kepada mata wang kripto di platform khusus, tetapi menambah, sebahagian daripadanya telah disekat dan usaha lain sedang dijalankan untuk mendapatkan semula wang tersebut.

Arkea  mendapati pemindahan itu bukan disebabkan oleh kesilapan manusia dan ‘merupakan serangan canggih oleh pihak  luar’.

Institusi itu tidak memberikan butiran tentang bagaimana serangan itu dilakukan atau dalang  sebaliknya.

Dalam satu kenyataan kepada AFP, pejabat pendakwa raya Paris berkata, pihaknya telah membuka siasatan rasmi.

“Siasatan ini melibatkan serangan siber ke atas sistem pemprosesan data automatik oleh kumpulan terancang”, katanya.

Bank itu tidak mengesahkan angka  €100 juta yang dilaporkan oleh akhbar Le Telegramme, tetapi mengesahkan skala kerugian tersebut.

“Jumlah dana yang terlibat dalam serangan ini yang masih dalam penilaian tu dan   tidak menjejaskan kedudukan  kewangan serta kekukuhan kumpulan,” tambahnya. – AFP 

 

The post Bank kena godam, lebih RM457 juta lesap appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved