Bank Muamalat Kini Boleh Digunakan Dalam Samsung Wallet

TechnologyDigital
24 Jul 2024 • 12:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas bertahun Samsung Wallet (dahulu Samsung Pay) disokong pada Malaysia, ia masih terhad kepada beberapa bank dan kad terpilih sahaja seperti kad kredit CIMB Bank, kad debit dan kredit Public Bank, kad debit dan kredit Maybank serta beberapa yang lain. Terbaru, Bank Muamalat mengumumkan pelanggan mereka juga kini akhirnya boleh menggunakan Samsung Wallet.

image is not available

Dalam perkongsian Bank Muamalat di X, mereka adalah Bank Islam sepenuhnya pertama menyokong Samsung Wallet. Pelanggan yang boleh menggunakan ciri ini adalah mereka yang memiliki kad Debit-i atau Credit Card-i. Untuk menggunakannya, pengguna perlu memiliki sebuah peranti Samsung Galaxy dan jam tangan pintar Galaxy Watch (pilihan) > buka aplikasi Samsung Wallet > tekan ikon + > ikuti arahan dan masukkan butiran kad debit atau kredit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved