Bank Muamalat Perkenal Penawaran Perbankan Digital, Dilengkapi Ciri-Ciri Gaya Hidup Muslim – ATLAS

TechnologyDigital
5 Jun 2025 • 9:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bank Muamalat Malaysia kini hadir dengan penawaran perbankan digital mereka tersendiri, dinamakan sebagai ATLAS. Ia hadir dengan memfokuskan pengguna yang inginkan penawaran pengurusan kewangan secara digital, dan pada masa yang sama patuh syariah.

ATLAS menawarkan ciri asas seperti pemindahan menggunakan DuitNow, penggunaan kod QR, dan lain-lain. Disamping itu, ia turut mengintegrasikan ciri-ciri gaya hidup, termasuk penebusan mata ganjaran, selain integrasi semakan waktu solat, doa, kiblat dan sebagainya.

image is not available

ATLAS hanya ditawarkan untuk iPhone sahaja buat masa ini, dan versi Android dijangka akan menyusul tidak lama lagi. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ATLAS di AppStore hari ini. Selesai pendaftaran, anda perlu menantikan beberapa jam sebelum dapat mengakses perkhidmatan dan aplikasi perbankan berkenaan sepenuhnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved