Bank Negara Malaysia kekalkan OPR pada 3.0 peratus

Business & Finance
7 Sep 2023 • 3:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
BNM pada Khamis memutuskan untuk mengekalkan OPR pada 3.0 peratus.

BANK Negara Malaysia (BNM) menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang bermesyuarat pada Khamis memutuskan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus.

Ini merupakan kali ketiga berturut-turut MPC bertindak mengekalkan OPR pada paras tersebut.

Dalam kenyataan sejurus berakhirnya mesyuarat itu, BNM menjelaskan pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari terus menyokong pertumbuhan ekonomi serta konsisten dengan penilaian semasa berkaitan dengan prospek pertumbuhan dan inflasi.

"MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil,” katanya.

Mesyuarat keenam dan terakhir MPC bagi tahun ini dijadual berlangsung pada 1-2 November 2023. - Bernama