Bank Pusat dijangka naikkan OPR minggu ini

Business & Finance
5 Sep 2022 • 10:55 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
BNM dijangka menaikkan OPR sebanyak 25 bps kepada 2.5 peratus pada minggu ini, kenaikan kadar ketiga berturut-turut. - Foto 123RF

BANK Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.5 peratus pada minggu ini, kenaikan kadar ketiga berturut-turut, bertujuan untuk membantu mengurangkan inflasi negara dengan pemulihan ekonomi yang kukuh, menurut Moody’s Analytics.

Katanya, Indeks Harga Pengguna keseluruhan Malaysia meningkat sebanyak 4.4 peratus tahun ke tahun pada Julai, peningkatan mata peratusan penuh daripada bulan sebelumnya.

"Sementara itu, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua Malaysia jauh melebihi jangkaan, didorong oleh peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan selepas sempadan dibuka semula sepenuhnya pada April,” katanya dalam kenyataan.

Di peringkat luaran, menaikkan Kadar Dasar Semalaman akan meningkatkan ringgit, yang telah merosot berbanding dolar AS dalam persekitaran kenaikan kadar yang agresif oleh Rizab Persekutuan AS, katanya.

Bank pusat dijadualkan untuk mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari bagi September pada 7-8 Sept, 2022. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved