[TERKINI] BNM Dijangka Naikkan OPR Untuk Kali Ketiga Tahun Ini?

Business & Finance
5 Sep 2022 • 11:56 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka akan naikkan Kadar Polisi Semalaman (OPR) berdasarkan 25 mata asas ke 2.5% minggu ini menurut Moody’s Analytic.

Untuk pengetahuan korang jika betul meningkat, ini merupakan kenaikan OPR yang ketiga tahun ini dan ia dibuat bagi membantu meringankan inflasi negara dan memperkukuhkan ekonomi, lapor FMT.

Dalam kenyataan, Moody’s Analytic mengatakan indeks harga pengguna utama Malaysia meningkat sebanyak 4.4% tahun ke tahun pada Julai dan peratusan penuh telah meningkat dari bulan sebelum ini.

image is not available

Sementara itu, keluaran dalam negara kasar suku kedua Malaysia jauh melebihi jangkaan. Ini juga didorong dari peningkatan permintaan untuk perkhidmatan selepas sempadan dibuka sepenuhnya pada April lalu.”

Dari segi luaran pula, kenaikan OPR ini akan menyokong ringgit yang telah susut berbanding dolar AS di tengah-tengah kenaikan kadar agresif oleh Rizab Persekutuan AS.

Jawatankuasa Dasar Monetari BNM dijadualkan akan bermesyuarat pada 7 dan 8 September nanti.

“Nasib baik kereta fixed loan”

Berita ini jelasnya telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan rakyat Malaysia lebih-lebih lagi kenaikan OPR ini dilihat agak mendadak tahun ni.

image is not available

Apa-apa pun kita tunggu pengumuman rasmi dari BNM okay?

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.