Bantah Perang Iran, Pegawai Antikeganasan AS Letak Jawatan

WorldPolitics
18 Mar 2026 • 12:23 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bantah Perang Iran, Pegawai Antikeganasan AS Letak Jawatan

Pegawai kanan dalam bidang antikeganasan Amerika Syarikat, Joseph Kent meletak jawatan sebagai tanda protes terhadap perang yang melibatkan AS dan Israel ke atas Iran, lapor AFP.

Beliau menegaskan bahawa Tehran tidak merupakan ancaman segera kepada negara itu.

Menurut Pengarah Pusat Antikeganasan Kebangsaan (NCTC) itu dalam surat peletakan jawatannya kepada Presiden Donald Trump, beliau tidak dapat menyokong konflik itu atas dasar prinsip.

“Iran tidak menimbulkan ancaman segera kepada negara kita, dan jelas bahawa perang ini tercetus akibat tekanan daripada Israel serta lobi kuatnya di Amerika,” katanya.

Kent, 45, menjadi pegawai kanan pertama dalam pentadbiran Trump yang meletak jawatan sebagai protes terhadap perang itu.

Bekas anggota pasukan elit Green Beret itu, yang berpengalaman dalam beberapa misi tempur menegaskan konflik berkenaan tidak memberi manfaat kepada rakyat Amerika dan hanya mengorbankan nyawa serta sumber negara.

Menerusi surat yang disiarkan di platform X, Kent mendakwa wujud kempen maklumat mengelirukan oleh pegawai Israel dan media tertentu di Amerika, yang mendorong sentimen pro-perang serta mempengaruhi keputusan pentadbiran.

Menurut beliau, naratif bahawa Iran merupakan ancaman segera adalah tidak tepat dan mirip alasan yang pernah digunakan untuk melibatkan AS dalam perang Iraq sebelum ini.

Kent sebelum ini berkhidmat di Agensi Perisikan Pusat (CIA) sebagai pegawai paramilitari dan mengetuai NCTC yang berpangkalan di Virginia di bawah seliaan Pengarah Perisikan Negara, Tulsi Gabbard.

AFP melaporkan beliau juga berkongsi pengalaman peribadi apabila isterinya, Shannon yang turut berkhidmat dalam tentera AS, terbunuh dalam serangan bom berani mati di Syria pada 2019.

Kent menegaskan beliau tidak sanggup melihat generasi akan datang dihantar berperang dalam konflik yang dianggapnya tidak wajar dan tidak memberi manfaat kepada rakyat Amerika.

Baca juga: